Terma Perkhidmatan Pakciklocation

1. Penerimaan Terma

Dengan mengakses atau menggunakan aplikasi ai.pakciklocation.my, Anda bersetuju untuk terikat dengan Terma Perkhidmatan ini. Jika Anda tidak bersetuju, sila berhenti menggunakan aplikasi ini serta-merta.

2. Penggunaan Perkhidmatan

  • Sistem Kredit: Penggunaan fungsi tertentu memerlukan kredit. Kredit yang telah dibeli adalah tidak boleh dikembalikan (non-refundable) kecuali atas budi bicara pihak Pakciklocation.
  • Akaun Pengguna: Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan Anda. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang akses tanpa kebenaran ke akaun Anda.
  • Had Umur: Perkhidmatan ini hanya untuk individu berumur 18 tahun ke atas atau usahawan yang sah.

3. Kandungan AI & Penafian

  • Bukan Jaminan Jualan: Laporan dan cadangan yang dijana oleh Mr.Lidi adalah berdasarkan analisis data. Kami TIDAK menjamin peningkatan jualan atau ranking Google yang tetap. Hasil bergantung kepada algoritma Google yang sentiasa berubah.
  • Ketepatan Data: Anda dinasihatkan untuk menyemak semula maklumat penting dalam dashboard Google Business Profile Anda sendiri bagi memastikan kepatuhan kepada Signboard Rule.

4. Hak Milik Intelek

Sistem, kod, jenama, dan teknologi AI ini adalah hak milik mutlak Pakciklocation. Anda dilarang menjual semula (resell) perkhidmatan audit ini sebagai perkhidmatan Anda sendiri tanpa kebenaran bertulis.

5. Had Liabiliti

Pakciklocation tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian langsung atau tidak langsung (termasuk kehilangan keuntungan atau penggantungan akaun GBP oleh Google) yang timbul daripada penggunaan aplikasi ini.

6. Undang-undang

Terma ini dikawal selia oleh undang-undang Malaysia.